PENYATA KERAHSIAAN MAKLUMAT PERIBADI


CISTA komited untuk melindungi privasi dan keselamatan data peribadi anda ketika anda mendaftar dan menggunakan Aplikasi ini di laman maya atau telefon pintar (“Perkhidmatan”).


Tertakluk pada ketetapan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, apa-apa data peribadi yang diberikan oleh Aplikasi hendaklah dilindungi mengikut Akta. Semua maklumat yang diberikan oleh Anda termasuk dokumen yang diberi seperti salinan Kad Pengenalan (Depan & Belakang) adalah digunakan bagi perkara berkaitan Pengurusan Pilihan Raya, seperti termaktub dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (terutama untuk pengisian Borang A yang termaktub dalam Jadual Pertama), Peraturan-Peraturan Pilihanraya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981.


Privasi Anda


Segala data dan maklumat yang anda berikan, adalah untuk perkara-perkara yang melibatkan Pilihan Raya dan analisis berkaitan kerja-kerja Pilihan Raya sahaja.

Data dan maklumat yang diberikan hanya diakses oleh CISTA, Pemegang Lesen CISTA, Pemberi Lesen CISTA, Individu-Individu yang diiktiraf CISTA untuk menguruskan Pilihan Raya, Suruhanjaya Pilihan Raya dan mana-mana pihak yang terlibat dalam Pilihan Raya, terutama bagi urusan Ejen Tempat Undi dan Ejen Kira Undi (PACA).

Anda berhak memadamkan Akaun Anda sekiranya tidak bersetuju dengan Polisi Kerahsiaan yang dinyatakan.


Pengumpulan Data


Untuk membolehkan kami menyediakan Perkhidmatan dan beroperasi secara cekap dan berkesan dengan menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada anda, kami perlu mengumpul Maklumat Peribadi yang berkenaan daripada anda. Maklumat peribadi yang dikumpulkan oleh kami mungkin merangkumi (tetapi tidak terhad kepada) yang berikut:-


  • Maklumat hubungan seperti nama, tarikh lahir, dokumen-dokumen sokongan identiti (termasuk KP atau nombor pasport), jantina, kewarganegaraan dan bangsa, bahasa yang dipilih, alamat peribadi dan/atau perniagaan semasa, alamat pemasangan, nombor telefon atau telefon bimbit, nombor faks, alamat emel;
  • Bagaimana anda menggunakan Perkhidmatan;
  • Peralatan yang anda gunakan apabila mengakses Perkhidmatan kami (contohnya telefon bimbit, sistem komputer dan platform anda) untuk menyesuaikan Perkhidmatan tersebut kepada anda;
  • Minat dan kegemaran peribadi anda untuk membantu kami melaraskan tawaran Perkhidmatan kami yang paling sesuai untuk anda; dan
  • Data pelayaran (“clickstream data”) apabila anda melawat mana-mana laman web kami (contohnya laman-laman yang anda akses dan Perkhidmatan yang anda layari).

Bagaimana Kami Mengumpul Data Anda?


Kami mungkin mengumpul Maklumat Peribadi secara terus daripada anda apabila anda:


  • berkomunikasi dengan kami;
  • mengambil bahagian dalam mana-mana kaji selidik atau petisyen (sekiranya ada);
  • mendaftar minat dan/atau memohon maklumat mengenai (melalui portal dalam talian atau saluran-saluran lain kami);
  • menjawab apa-apa bahan pemasaran yang kami hantar keluar
  • melawat atau melayari laman web kami;
  • membuat aduan kepada kami; atau
  • memberi maklum balas kepada kami (contohnya melalui laman web kami atau secara salinan bercetak).

Selain daripada Maklumat Peribadi yang diperolehi secara terus daripada anda (seperti yang dinyatakan di atas), kami juga mungkin memperolehi Maklumat Peribadi anda daripada pihak-pihak ketiga yang berurusan dengan kami atau yang berkaitan dengan anda (jabatan kerajaan dan badan-badan lain), dan daripada mana-mana sumber-sumber lain di mana anda telah memberi kebenaran kepada pendedahan maklumat berkaitan dengan anda, dan/atau di mana dibenarkan oleh undang-undang.


Bagaimana Kami Menggunakan Data Anda?


Kami mungkin mengumpul dan menggunakan Maklumat Peribadi daripada anda atau daripada kategori pihak-pihak ketiga yang dinyatakan dalam Penyata Kerahsiaan Maklumat Peribadi ini, untuk satu atau lebih tujuan-tujuan berikut:


  • Untuk mengesahkan identiti anda;
  • Untuk mempertimbangkan dan memproses permohonan/permintaan anda untuk menggunakan Perkhidmatan kami;
  • Untuk menyediakan anda Perkhidmatan yang diminta;
  • Untuk menyiasat dan menyelesaikan apa-apa isu Perkhidmatan, aduan atau pertanyaan-pertanyaan lain yang anda beri kepada kami;
  • Untuk mengesan dan mencegah aktiviti penipuan;
  • Untuk sentiasa berhubung dengan anda dan menyediakan anda dengan maklumat yang dipinta;
  • Untuk memproses komunikasi yang anda hantar kepada kami (contohnya, menjawab pertanyaan dan menangani apa-apa aduan dan maklum balas);
  • Untuk menyenggara dan membina sistem dan infrastruktur kami, termasuk pengujian dan penaikan taraf sistem-sistem tersebut;
  • Untuk membina profil data yang diagregat bagi tujuan pengajian dan analisis data;
  • Untuk memaklumkan anda mengenai manfaat dan perubahan kepada ciri-ciri Perkhidmatan kami;
  • Untuk memastikan cara kami dapat memperbaiki perkhidmatan kami kepada anda;
  • Untuk menyiasat, menjawab, atau mempertahankan tuntutan yang dibuat terhadap atau yang melibatkan aplikasi CISTA;
  • Untuk menyenggara rekod-rekod yang diperlukan untuk tujuan keselamatan, tuntutan atau tujuan undang-undang yang lain;
  • Untuk mematuhi keperluan undang-undang dan kawal selia; dan
  • Untuk apa-apa tujuan lain yang diperlukan atau dibenarkan oleh apa-apa undang-undang, peraturan, garis panduan dan/atau pihak-pihak kawal selia berkuasa yang berkenaan.

Pendedahan Maklumat Peribadi Anda


Sebagai sebahagian dari penyediaan Perkhidmatan kami dan pengurusan dan/atau operasinya, kami mungkin diperlukan atau dikehendaki mendedahkan maklumat mengenai anda kepada pihak-pihak ketiga yang berikut:


  • Agensi-agensi penguatkuasa undang-undang
  • Agensi-agensi kerajaan yang lain
  • Syarikat-syarikat dan/atau organisasi yang bertindak sebagai ejen, kontraktor, pembekal perkhidmatan dan/atau penasihat profesional kami
  • Syarikat-syarikat dan/atau organisasi yang membantu kami memproses dan/atau sebaliknya memenuhi urusan dan menyediakan anda Perkhidmatan yang anda telah pohon atau langgani
  • Pihak-pihak lain di mana anda telah memberikan kebenaran nyata atau tersirat

Pendedahan maklumat-maklumat ini adalah tertakluk kepada sebarang undang-undang privasi (termasuklah peraturan, garis panduan dan/atau sebarang tanggungan) yang terpakai kepada aplikasi CISTA.


Hak Anda Untuk Mengakses, Membetulkan, Atau Memadam Maklumat Peribadi Anda


Kami sedia membantu anda untuk mengakses, membetulkan, atau memadam Maklumat Peribadi anda yang dipegang oleh kami.


Jika anda mahu mengakses Maklumat Peribadi anda yang dipegang oleh kami, atau jika anda berpendapat bahawa Maklumat Peribadi anda yang dipegang oleh kami tidak tepat, tidak lengkap, mengelirukan atau jika berkenaan, tidak terkini, atau sekiranya anda hendak memadam Maklumat Peribadi yang dipegang oleh kami, anda boleh melaksanakan aktiviti-aktiviti berkenaan dengan mengakses maklumat anda di bahagian Tetapan di aplikasi CISTA di mana anda boleh mengakses untuk menyunting maklumat atau memadamkan akaun anda di aplikasi CISTA.


Sekiranya anda memilih untuk memadamkan akaun anda, segala data berkaitan anda akan dipadamkan dari sistem buat selama-lamanya.


Pengakuan Anda


Dengan memberikan maklumat dan dokumen pengenalan Anda, Anda memberikan Kami untuk menyimpan, menggunakan dan mendedahkan maklumat peribadi anda di bawah Terma dan Syarat Aplikasi dan undang-undang berkaitan data perlindungan peribadi di Malaysia. Sekiranya Anda enggan untuk memberi pengakuan, anda mempunyai hak untuk tidak menggunakan Aplikasi dan memadamkan Akaun Anda.


Pindaan Dasar


Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan akan dikemas kini untuk Aplikasi ini. Semasa menyemak imbas melalui Aplikasi ini, anda akan diperhatikan dengan maklumat yang berkaitan dikumpul, cara bahawa maklumat yang digunakan bergantung kepada keadaan, dan bagaimana maklumat dikongsi dengan orang lain.


Last updated on: 11 April 2023

logo

Copyright © 2022 | CISTA

Hubungi kami: support@cista.community